Hangat diperkatakan 3 barisan kejurulatihan skuad Piala AFF 2020 turut mengambil keputusan yang sama seperti Tan Cheng Hoe walaupun agak sukar untuk mereka lepaskan jawatan tersebut.
Antaranya ialah pembantu jurulatih, Balachandran, jurulatih penjaga gol Harimau Malaya, Azmin Azram dan juga jurulatih kecergasan, Martin Stano.
Pembantu jurulatih TCH, Balachandran menjelaskan agak sukar untuk masing-masing membuat keputusan ini, akan tetapi ini adalah jalan yang terbaik untuk beliau serta dua lagi jurulatih setelah berjumpa dengan Presiden.
“Kami mengadakan pertemuan yang membuahkan hasil dengan Presiden dan memahami kesukaran masing-masing dan membuat keputusan bersama untuk berpisah.”
Balachandran juga mengganggap barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya seperti ‘brotherhood’ kerana semua keputusan perlu buat bersama.
“Saya berterima kasih kepada FAM kerana memberi peluang untuk bekerjasama dengan mereka dan berharap jika ada peluang pada masa hadapan untuk bekerjasama semula, saya akan dipertimbangkan.”
“Saya meninggalkan (posisi) ini dengan penuh pengetahuan ketika bersama pasukan kebangsaan. Walaupun dengan berat hati, itu semua adalah sebahagian daripada tugas,” kata Balachandran dalam blognya.
“Selain itu, ini adalah satu tindakan logik dan adil untuk kami pergi bagi menyokong jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe yang telah meletak jawatan kerana kami adalah ‘pasukan’.”