Ilhan Fandi Dijangka Sertai Kelab Belgium
Dunia
SPL
Advertisements

Pemain muda sensasi Singapura, Ilhan Fandi mengikut jejak langkah abang-abangnya apabila difahamkan akan mengembangkan karier ke luar negara.

Bintang berusia 20 tahun ini cemerlang pada musim debutnya di pentas bola sepak Singapura bersama Albirex Niigata.

Prestasi memukau anak kepada lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad ini menyaksikan beliau telah meledak 20 gol dalam 27 penampilan di SPL.

Advertisements

Dalam satu temubual bersamanya, Ilhan mengesahkan yang beliau tidak akan beraksi di Liga Singapura lagi pada musim hadapan.

Katanya, beliau sentiasa bercita-cita tinggi untuk mengembangkan potensinya ke luar negara seperti yang dilakukan oleh abang-abangnya iaitu Irfan dan Ikhsan.

Beliau difahamkan akan menyertai salah sebuah kelab di Belgium dan kata sepakat dikatakan semakin hampir untuk dicapai.

Advertisements

Hal ini menyaksikan beliau bakal beraksi bersama salah sebuah kelab yang bersaing di pentas tertinggi bola sepak Eropah pada usia yang cukup muda.

Ilhan juga kini menjadi aset terbaik buat pasukan kebangsaan Singapura menjelang Piala AFF Mitshubishi Electric kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram