Imanol Machuca Kembali Berlatih Bersama Velez Sarsfield
MakanBola
Club Atletico Velez Sarsfield

Imanol Machuca, pemain warisan Harimau Malaya, menunjukkan semangat positif selepas kembali berlatih bersama Velez Sarsfield.

Semangat Imanol itu ditunjukkan menerusi satu hantaran di laman Instagram kelab tersebut, Velez Sarsfield sebaik sahaja FAM memuat naik kenyataan terkini oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Menurut kenyataan itu, CAS membenarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya, termasuk Machuca, untuk kembali menyertai aktiviti bola sepak.

Keputusan CAS ini membawa maksud penggantungan yang dikenakan oleh FIFA ke atas 7 pemain ini ditangguhkan buat sementara ketika mana kes tersebut masih lagi berlangsung setakat ini.

Berita tersebut ternyata memberi ruang buat Imanol dan 6 lagi pemain ini untuk meneruskan karier profesional mereka di peringkat kelab dan kebangsaan selepas digantung selama 5 bulan dari September tahun lalu.

“Mari Kita Pergi Lagi,” kata kelab Velez Sarsfield dalam satu kenyataan di laman media sosial.

Masa depan Imanol Machuca akhirnya terjawab apabila kelab terakhirnya, Velez Sarsfield, difahamkan telah mengumumkan kepulangannya semula pada hari Khamis.