Imigresen Tolak Pelawaan Berharga Dari MFL
Liga Super
Imigresen FC
Advertisements

Imigresen FC terpaksa menolak pelawaan dari Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk beraksi di dalam saingan Liga Super musim 2024/2025.

Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Teknikal Imigresen FC, Datuk Zainal Abidin Hassan dalam satu temubual bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom baru-baru ini.

Imigresen terpaksa menolak perlawaan berharga dari MFL itu kerana berpendapat skuad Imigresen masih belum bersedia untuk mengharungi cabaran hebat di Liga Super.

Advertisements

“Kudrat kami buat masa ini, kami masih lagi tidak berupaya di atas dan kami akan bersaing di Liga M3 dahulu. Insya-Allah kalau ada rezeki, jika dapat menjadi juara sekali lagi, mungkin lebih bersedia.

“Walau bagaimanapun, tahun lepas, 2023, kami mengejar pasukan yang mendahului (Liga M3) begitu lama selama 8 ke 9 bulan. Jadi satu kejayaan yang baik (memenangi liga). Tetapi malangnya, kami belum bersedia untuk berada di kelompok Liga Super lagi,” jelas Zainal kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan tiga pasukan Liga M3 2023 telah menyerahkan dokumen kepada MFL untuk menyertai Liga Super musim baharu ini.

Advertisements

KL Rovers, Harini FT dan Imigresen FC antara tiga pasukan yang bersedia untuk beraksi dalam saingan Liga Super menggantikan slot yang ditinggalkan Kelantan FC. 

Namun begitu, dengan penjelasan daripada Datuk Zainal Abidin Hassan ini seolah-olah memberi bayangan bahawa Imigresen bukanlah pasukan yang akan dinaikkan pangkat ke Liga Super 2024/2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram