Advertising
Impak Paulo Josue Kepada KL City Kagumkan S. Subramaniam
MakanBola
PDRM FC

Bekas bek tengah Harimau Malaya, S. Subramaniam kagum dengan impak yang dibawa kapten KL City FC, Paulo Josue.

Josue terus membuktikan dirinya sebagai ayam tambatan pasukan itu di atas padang. Pemain berusia 35 tahun itu bukan saja menyumbang gol penting buat KL City.

Ad

Malah, kepimpinan dan corak permainannya terutama bila mencorak serangan membantu pasukan Lembah Klang itu meraih kemenangan.

Ad

Terbaru, KL City meraih kemenangan 2-1 ke atas PDRM FC pada 26 Februari lalu. Josue dan Haqimi Azim Rosli meledakkan gol buat tuan rumah.

Subramaniam percaya kehadiran tonggak Harimau Malaya itu membantu KL City terus memberi cabaran hebat dalam liga.

Ad

“Paulo Josue, seorang kapten di atas padang yang menjadi inspirasi dan contoh ketika dia membantu mereka menyerang,” katanya semasa menjadi panel Arena Bola.

Ad

“Mahupun dalam tempoh empat hingga lima tahun sebagai kapten, beliaulah wajah KL City FC. Inilah sebab mengapa beliau merupakan kapten pasukan.

Ad

“Dengan jaringan dan bantuan jaringan, beliau sentiasa memberikan prestasi terbaik dalam mana-mana perlawanan. Ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh Paulo Josue kepada KL City.”

KL City kini di tangga keenam dengan 25 mata, dua mata di belakang Kuching City FC.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments