Impian Malaysia Gunakan Khidmat Aidil Zafuan dan Shahrul Saad Tidak Kesampaian
Dunia
AFP/FAM
Advertisements

Skuad Harimau Malaya sah akan kehilangan dua tonggak utama di barisan pertahanan iaitu Aidil Zafuan dan Shahrul Saad bagi perlawanan menentang pasukan Indonesia akan datang seperti yang dilaporkan oleh Team Malaysia.

Jurulatih skuad kebanggsaan, Tan Cheng Hoe telah mengesahkan bahawa pasukan kebanggsaan akan kehilangan dua pemain tersebut ekoran mengalami kecederaan hamstring ketika perlawanan menentang pasukan Vietnam tempoh hari.

Ini sekaligus bakal memberi tamparan besar buat pasukan Harimau Malaya bagi menghadapi Indonesia dimana perlawanan tersebut adalah perlawanan penentuan untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya nanti.

Advertisements

Antara pemain yang dikatakan mampu mengisi kekosongan posisi tersebut ialah Dion Cools dan Dominic Tan. Dominic Tan juga dilihat mampu mengambil alih tugas itu kerana pengalamannya ketika menggantikan Aidil tempoh hari sedikit sebanyak amat diperlukan oleh Tan Cheng Hoe.

Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion cools difahamkan akan kembali ke kem Harimau Malaya di Singapura pada hari khamis ini. Ia sekaligu dapat menarik nafas lega buat jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe serta rakan sepasukan yang lain.

Pasukan kebanggsaan dijadualkan akan bertemu Indonesia bagi perlawanan akhir peringkat kumpulan B yang dijadualkan pada 19 Desember ini di Stadium Nasional Singapura.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram