Advertisement

Follow us:

Impian Sadio Mane Ke Piala Dunia Berkecai

Mane Bayern Impian Sadio Mane Ke Piala Dunia Berkecai
BILD SPORT
Nik Faris
@nikfalovic
6:30pm 09/11/2022
Pivo

Pemain sayap Bayern Munich, Sadio Mane dikhabarkan terlepas peluang untuk beraksi di Piala Dunia Qatar 2022 hujung tahun ini.

Bintang kelahiran Senegal ini mengalami  kecederaan ketika beraksi buat pasukan menentang Werder Bremen tempoh hari.

Pemain berusia 30 tahun itu hanya bertahan selama 20 minit sahaja sebelum beliau terpaksa diusung keluar.

Pada awalnya, kecederaan bekas bintang Liverpool ini dilaporkan tidak begitu serius dan masih mampu beraksi di Piala Dunia.

Walau bagaimanapun, setelah melakukan pemeriksaan secara terperinci, beliau disahkan tidak dapat meneruskan perjalanan ke Qatar.

Kehilangan ini sudah tentunya memberi tamparan yang cukup hebat kepada pasukan kebangsaan Senegal setelah kehilangan bintang utama pasukan.