Hasrat skuad B-12 Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) merangkul Piala Supermokh 2023 tidak kesampaian apabila tewas kepada skuad Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) A.
Ubi muda Harimau Selatan ini seakan sukar dicabar dengan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan dan separuh akhir.
Selain itu, penyerang berbakat Sa’ap Baharom muncul penjaring terbanyak JDT dengan sembilan gol.
Justeru, tidak hairanlah skuad muda JDT ini dilabel pasukan pilihan di pentas final berbanding NFDP A.
Bagaimanapun, NFDP A membuktikan kemampuan mereka dengan mengalahkan JDT 5-2 berdasarkan ciapan yang dikongsikan Juan Budiman.
Biarpun sekadar naib juara untuk kategori 12 tahun, ini masih satu pencapaian membanggakan buat anak-anak buah Hafiz Zainal.
Ini kerana JDT merupakan satu-satunya kelab Liga Malaysia (Liga M) yang bertanding dalam Piala Supermokh 2023.
Selain JDT, skuad NFDP dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD), kejohanan ini turut disertai kelab-kelab luar negara seperti Slovakia, Hong Kong, Jepun dan Thailand.