Advertising
India Open: Aaron-Wooi Yik Perlu 3 Set Singkirkan Sukphun-Teeraratsakul
UltraSukan
Olympic Malaysia

Beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila mengatasi Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul dalam aksi pusingan pertama India Open.

Setelah hampa di Malaysia Open lalu, Aaron-Wooi Yik hadir ke India dengan misi menebus kekecewaan apabila bakal bertemu beregu muda dari Thailand, Sukphun-Teeraratsakul.

Ad

Untuk rekod, ini adalah pertemuan pertama antara Aaron-Wooi Yik dan Sukphun-Teeraratsakul namun berdasarkan ranking, beregu negara miliki kelebihan dengan berada di ranking ke-5 dunia.

Ad

Aaron-Wooi Yik dikejutkan dengan corak permainan pantas lawan membuatkan pihak lawan dari Thailand itu memimpin aksi 7-2 pada suatu ketika dan di hadapan semasa interval.

Walaupun begitu, pasangan negara ini berusaha bangkit dan mengejar mata hingga kembali terikat 20-20 di penghujung aksi sebelum Sukphun-Teeraratsakul menang di set pertama.

Ad

Bersambung di set kedua, permulaan lebih baik buat Aaron-Wooi Yik dengan pukulan-pukulan yang gagal dikembalikan oleh lawan untuk pasangan negara ini memegang permainan.

Ad

Sukphun-Teeraratsakul tampak seakan kepenatan apabila kerap kali diasak hebat oleh Aaron-Wooi Yik sepanjang aksi memaksa lawan dari Thailand itu menyerahkan kemenangan.

Ad

Di set penentuan, momentum cemerlang dibawa oleh Aaron-Wooi Yik bagi mengasak pihak lawan sekaligus membuatkan pasangan ke-31 dunia itu akur tewas kepada beregu negara.

Pertarungan di gelanggang satu berakhir dengan keputusan 20-22, 21-16, 21-18 memihak Aaron-Wooi Yik.

Dengan kemenangan ini, Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua dan bakal menentang pasangan dari China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han.