Malaysia bertandang ke Stadium Gachibowli, Hyderabad India untuk aksi ke-5 perlawanan kompetitif di bawah kendalian Pau Marti dengan kedua-dua pasukan dilihat memiliki kekuatan seimbang berdasarkan prestasi semasa dan ranking FIFA.
Pertembungan dua DNA Barcelona, Sepanyol dari kedua-dua ketua jurulatih India dan Malaysia ini bakal jadi tumpuan menarik buat para peminat saksikan.
Ranking FIFA
India kini berada di ranking ke-125 manakala Malaysia di ranking ke-133. Menurut kiraan masa-nyata pula, India kini di tangga ke-126 dan Malaysia di tangga ke-128.
Prestasi Semasa Malaysia
Dalam 4 perlawanan terakhir, Malaysia di bawah kendalian Pau Marti berjaya mencatatkan 3 kemenangan dan satu kekalahan. Dari segi jaringan pula, Malaysia berjaya menjaringkan 6 gol dan bolos sebanyak 6 kali.
4 September 2024: Malaysia 2-1 Filipina
8 September 2024: Malaysia 1-0 Lubnan
14 Oktober 2024: New Zealand 4-0 Malaysia
14 November 2024: Laos 1-3 Malaysia
Prestasi Semasa India
Dalam 4 perlawanan terakhir, India yang turut dikemudi oleh jurulatih baru, Manolo Márquez bergelut untuk memperoleh sebarang kemenangan dengan tewas 2 perlawanan dan seri 2 perlawanan.
11 Jun 2024: Qatar 2-1 India
3 September 2024: India 0-0 Mauritius
9 September 2024: India 0-3 Syria
12 Oktober 2024: Vietnam 1-1 India
India vs Malaysia: Rekod pertemuan sepanjang zaman
Perlawanan: 32
Malaysia menang: 12
India menang: 12
Seri: 12
Kedua-dua pasukan jelas menunjukkan kekuatan yang seimbang dari segi rekod pertemuan sebelum ini dengan kali terakhir Malaysia bertemu India adalah pada 13 Oktober 2023 dengan keputusan perlawanan memihak kepada Malaysia 4-2 di Bukit Jalil.
Walaubagaimanapun, India dilihat memiliki kelebihan maksimum dalam perlawanan ini dengan pasukan kendalian Manolo Márquez memiliki barisan pemain terbaiknya berbanding Malaysia yang sedikit tempang tanpa kelibat pemain seperti Arif Aiman, Matt Davies, Feroz dan Faisal Halim selain turut memiliki kelebihan dengan beraksi di halaman sendiri.
Jangkaan Keputusan Perlawanan
India 1-1 Malaysia
Berdasarkan prestasi semasa, ranking FIFA dan keberadaan pemain sedia ada, India dijangka seri berhadapan Malaysia dengan jumlah jaringan pula tidak melebihi 4 gol dari kedua-dua pasukan.
Walaubagaimanapun, Malaysia sudah tentu mengharapkan keputusan perlawanan yang lebih baik dengan memenangi perlawanan ini.
Maklumat Perlawanan
India vs Malaysia
Tarikh: 18 November 2024
Waktu: 10 malam (Waktu Malaysia)
Lokasi: Stadium Gachibowli, India.