Advertisements
Individu Mirip Ryan Lambert Dikesan Berlatih Bersama JDT
Transfer
MakanBola
Johor Southern Tigers

Ramai peminat Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) teruja kerana mereka percaya seorang lagi pemain tempatan telah menyertai pasukan itu.

Ini selepas mereka melihat gambar-gambar barisan pemain JDT menjalani latihan pra-musim yang dimuatnaik Johor Southern Tigers.

Satu gambar menarik perhatian mereka di mana seorang pemain kelihatan seperti pemain tengah KL City FC, Ryan Lambert.

Pemain tersebut dikatakan sedang bersaing mendapatkan bola dengan seorang lagi pemain baru Harimau Selatan, Jalil Elias.

Di ruang komen gambar tersebut, mereka percaya itu sebenarnya Ryan. Sehingga artikel ini ditulis, JDT belum mengesahkan perpindahan membabitkan bekas pemain The City Boys itu.

Sekiranya perpindahan ini benar-benar berlaku, Ryan bakal kembali bergandingan dengan bekas penyerang KL City, Romel Morales.

Sebelum ini, Ryan dan kembarnya, Declan Lambert digosipkan dengan perpindahan ke JDT menerusi satu khabar yang dibawa wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran.

Sejak menyertai KL City pada 2021, Ryan telah beraksi sebanyak 64 kali untuk pasukan itu dan mencipta empat gol mengikut data Transfermarkt.

Beliau membantu The City Boys bergelar juara Piala Malaysia (2021), naib juara Piala AFC (2022) dan naib juara Piala FA (2023).