Pengerusi PSSI, Erick Thohir mengatakan akan memasukan lebih pemain warisan yang berkualiti tinggi untuk pasukan kebangsaan Indonesia.
Beliau akui ada beberapa calon sudah dikenalpasti untuk dipilih tetapi masih dalam perbincangan.
Perkara itu dikongsikan di dalam temubual Erick Thohir bersama TvOne yang turut menjelaskan beliau akan berhubung dengan pemain warisan dalam waktu terdekat.
Bagaimanapun, nama pemain-pemain tersebut masih dirahsiakan. Beliau akan war-warkan selepas pemain itu datang ke Indonesia dengan tanda persetujuan dan mengharapkan tiada yang membuat sebarang spekulasi tentang perkara itu.
“Ada beberapa lagi pemain saya akan buat sidang video dalam minggu yang akan datang, tapi nama mereka nanti, bila datang maknanya kalau bersalaman, harap-harap masuk, jangan bagitau sekarang,” kata Erick Thohir.
“Jangan sebarkan kerana anda belum bertemu di Zoom. Nanti bila dah zoom in, kami yakin, kami akan jemput anda datang. “Nah, ini hanya sasaran,” tambahnya.
Dalam pada itu, terdapat kemungkinan setiap pemain warisan yang akan dihubungi Erick Thohir adalah pemain yang beraksi di posisi penyerang. Oleh kerana, kedudukan ini dilihat sesuai untuk memperkuat skuad Garuda.