Advertisement
Indonesia Hilang Tonggak Utama Berdepan Malaysia
Asia Tenggara
MakanBola
PSSI

Menjelang aksi pertama Kumpulan B Piala AFF B-23 menentang Malaysia pada 18 Ogos ini, Timnas Indonesia terus diuji apabila tonggak pertahanan, Alfeandra Dewangga masih belum pulih daripada kecederaan.

Ini selepas satu video yang dikongsikan Instagram rasmi PSSI menunjukkan Dewangga dalam kesakitan dan berjalan terhincut-hincut semasa turun dari bas di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Hal ini turut diakui pemain pertahanan yang beraksi untuk PSIS Semarang itu. Bagaimanapun, Dewangga berharap beliau sempat pulih agar terpilih dalam kesebelasan utama pada 18 Ogos ini.

“Kondisi saat ini untuk saya sendiri masih ada sedikit sakit di paha. Semoga secepatnya bisa sembuh,” katanya seperti dilaporkan CNN Indonesia.

Semangat juang yang ditunjukkan pemain berusia 22 tahun itu mendapat pujian warganet Indonesia. Ini kerana biarpun dibelenggu kecederaan, Dewangga tetap mahu menyarung jersi Timnas Indonesia.

Justeru, dengan baki tiga hari sebelum hari perlawanan, mereka berharap beliau kembali pulih dan memperkuat barisan pemain yang dibimbing Shin Tae-yong itu.