Beregu ke-13 dunia, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun mara ke peringkat akhir Indonesia Masters 2025.
Kejayaan itu dicapai dengan mengejutkankan rakan senegara dan beregu kelima dunia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di peringkat separuh akhir.
Selepas menyingkirkan beregu Korea Selatan, Kang Min-hyuk dan Kim Won-ho di peringkat suku akhir, Aaron-Wooi Yik dilihat selangkah ke final. Wei Chong-Kai Wun dilihat penghalang antara mereka dan pentas final.
Kedua-dua beregu bertemu sebanyak tiga kali sebelum ini dengan dua kemenangan memihak kepada bekas juara dunia 2022.
Kali terakhir Aaron-Wooi Yik dan Wei Chong-Kai Wun berentap ialah pusinga suku akhir Denmark Open 2024. Beregu kelima dunia itu menang dengan keputusan 23-21, 21-17, 21-16.
Set pertama menyaksikan Wei Chong-Kai Wun mendahului Aaron-Wooi Yik pada kedudukan 11-7. Bekas juara dunia 2022 itu kemudiannya berjaya mengejar sebelum mengikat kedudukan 11-11.
Kedua-dua beregu saling mengejar mata. Pada akhirnya, Wei Chong-Kai Wun kembali memintas Aaron-Wooi Yik sebelum meraih kemenangan dengan keputusan 21-18.
Set kedua menyaksikan kedua-dua beregu terus bersaing sengit mendapatkan mata. Wei Chong-Kai Wun kemudiannya mendahului pada kedudukan 11-7.
Meskipun cuba diberi tentangan oleh Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun kekal tenang sebelum meraih kemenangan set kedua dengan keputusan 21-15.
Wei Chong-Kai Wun bakal berdepan sama ada wakil Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto atau wakil Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh di pentas final.