Indonesia Rancang Lawan Portugal
MakanBola
PSSI/Selecoes de Portugal
Sponsors

Selepas menampilkan aksi terpuji menentang Argentina, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mahu melihat Indonesia terus diuji oleh pasukan-pasukan handalan. Terbaru, PSSI merancang mengatur aksi persahabatan membabitkan Tim Garuda dengan Portugal.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Umum PSSI, Zainudin Amali. PSSI sedang berhubung dengan Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) agar perlawanan tersebut dapat diatur dalam mana-mana kalendar antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ad

“Dalam satu tahun, kita ada lapan hari perlawanan antarabangsa FIFA. Sekurang-kurangnya satu daripada lapan, Pak Erick (Thohir, Ketua Umum PSSI) akan bawa pasukan setaraf Argentina,” katanya.

“Kami berhasrat untuk membawa Portugal. Kami sudah berhubung Duta Indonesia (Rudy Alfonso) di sana, jangan benarkan (Cristiano) Ronaldo bersara (sebelum turun menentang Indonesia),” tambahnya.

Ad

Begitupun, PSSI juga perlu memastikan bahawa Ronaldo benar-benar akan turun beraksi untuk perlawanan tersebut. Sudah pastinya mereka tidak mahu ulangan kisah Lionel Messi berulang apabila perlawanan ini sudah diatur.

Ad

Sebelum ini, Argentina mendedahkan Messi tidak akan menyertai rombongan Albiceleste yang turun menentang Indonesia baru-baru ini.

Ad

Keputusan yang dibuat jurulatih Argentina, Lionel Scaloni itu mengundang rasa sedih bukan saja penyokong. Tetapi juga para pemain Indonesia yang teringin beradu dengan legenda Barcelona itu.