Info Siaran Langsung Final Piala FA 2022: Terengganu vs Johor Darul Ta’zim (JDT)
Live
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Perlawanan akhir Piala FA 2022 menemumkan pasukan Terengganu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Info siaran langsung terdapat di akhir artikel dan ini terdapat beberapa fakta perlawanan dan kesebelasan utama.

Fakta Pertandingan

• Tahun ini merupakan edisi Piala FA yang ke-32, dimana edisi pertama diadakan pada
tahun 1990. (Pertandingan ini dibatalkan pada tahun 2020 dan tidak dianjurkan pada
tahun 2021 atas dasar pandemik Covid-19)

Advertisements

• Selangor dan Kedah merupakan juara terbanyak dalam pertandingan ini dengan lima
kejuaraan masing-masing.

• Sejak pertandingan ini diadakan, terdapat 14 juara berbeza termasuk 2 pasukan yang
akan dipertemukan di Perlawanan Akhir Piala FA 2022 ini.

• 34 pasukan telah beraksi di Piala FA 2022, 12 pasukan Liga Super, 7 pasukan Liga Premier
dan 15 pasukan Liga M3.

Advertisements

• Perlis United FC menjadi pasukan tunggal daripada Liga M3 yang beraksi di pusingan
kedua Piala FA tahun ini selepas menewaskan PDRM FC 2-0 di pusingan pertama.

• Tahun ini, sebanyak 114 gol (tidak termasuk pusingan kelayakan) dijaringkan dalam 30
perlawanan daripada 79 penjaring berbeza (serta dua gol sendiri).

Fakta Perlawanan (Akhir)

Tahun ini merupakan kali pertama Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim bertemu di
Perlawanan Akhir Piala FA.
• Tahun ini merupakan kali kelima Terengganu FC layak ke final Piala FA, dengan dua
kejuaraan (2000 dan 2011), manakala JDT telah mara ke final buat kali ketiga, dengan
kejuaraan pada musim 2016.
• Tahun ini merupakan kali yang ke-13 Perlawanan Akhir Piala FA diadakan di Stadium
Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
• Terengganu pernah beraksi di perlawanan akhir di SNBJ sebanyak dua kali (2004 dan
2011) manakala Johor Darul Ta’zim pada tahun 2013 di stadium yang sama.
• Terengganu pernah menjulang trofi Piala FA di stadium ini menewaskan Kelantan 2-1
pada tahun 2011. 2011 merupakan tahun terakhir Terengganu layak ke Perlawanan Akhir
Piala FA.
• Johor Darul Ta’zim ditewaskan oleh Kelantan 1-0 juga di venue yang sama pada tahun
2013.
• Kali terakhir Johor Darul Ta’zim ke perlawanan akhir adalah pada tahun 2016
menewaskan PKNS FC 2-1.

Advertisements

Info Siaran Langsung:
Link 1 (YouTube): Link
Link 2 (TV Okey): Link

Perlawanan bermula jam 9:00 malam, 10 September 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram