Info Siaran Langsung JDT vs Sabah | Liga Super 2023

stadium sultan ibrahim syafiq freman makanbola 1 Info Siaran Langsung JDT vs Sabah | Liga Super 2023
Syafiq Freman / MakanBola
Nik Faris @nikfalovic
3:39pm 31/03/2023

Perlawanan tumpuan Liga Super ke-6 menyaksikan pertembungan antara dua seteru utama, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah FC yang kini dalam misi meraih 3 mata.

The Rhinos turun sudah tentu mahu meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super dengan mengekalkan rekod tanpa tewas musim ini.

Namun begitu, mereka perlu berhadapan dengan JDT kini gah memimpin saingan dengan 15 mata dan sudah pun menjaringkan 21 gol setakat ini.

Pertemuan ini penting buat kedua-dua pasukan dalam misi meraih 3 mata penting untuk terus menjarakkan diri dengan pesaing.

Kesebelasan Utama JDT vs Sabah

Info Siaran Langsung JDT vs Sabah

Tarikh: 31 Mac 2023 (Jumaat)
Masa: 9:00 malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Siaran Langsung: TV2 & Sukan RTM

Keputusan perlawanan akan dikeluarkan sejurus perlawanan tamat di MakanBola.com.