Final acara perseorangan lelaki Malaysia Masters 2024 menemukan jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia dan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen.
Final ini disifatkan istimewa buat anak jati Alor Setar, Kedah itu kerana ini final kejohanan badminton antarabangsa pertamanya di Malaysia.
“Final ini amat bermakna buat saya kerana ia diadakan di tanah air saya, di Malaysia dan saya tak pernah berada di final di Malaysia. Saya tak sabar menghadapi perlawanan esok (hari ini),” katanya.
Kedua-dua pemain berjaya mara ke final selepas mengenepikan cabaran lawan masing-masing di pentas separuh akhir semalam. Axelsen mara selepas menewaskan wakil China, Lu Guang Zu.
Sementara Zii Jia pula menewaskan finalis Thailand Open 2024, Angus Ng Ka Long meskipun berdepan masalah kekejangan otot dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Axelsen. Ini kerana bekas juara Malaysia Open 2023 itu pernah menewaskan Zii Jia dalam beberapa pertemuan sebelum ini termasuk saingan Thomas Cup 2024.
Barisan Pemain Di Final Malaysia Masters
Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia membawa cabaran negara dalam final acara perseorangan lelaki. Walau bagaimanapun, beliau bukan satu-satunya wakil negara di pentas Malaysia Masters.
Ini kerana pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai turut beraksi di final. Mereka akan menentang Rinov Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari.
Info Siaran Langsung Final Malaysia Masters
Tarikh: 26 Mei 2024 (Ahad).
Masa: 1.00 petang.
Venue: Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Siaran Langsung: BWF TV
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com