Advertising
Malaysia Masters: Lee Zii Jia Tempah Tiket Ke Final, Tundukkan Angus Ng Ka Long
UltraSukan
BA Malaysia

Hajat Lee Zii Jia untuk mara ke final Malaysia Masters 2024 menjadi kenyataan hari ini apabila menewaskan wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long di peringkat separuh akhir.

Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada anak jati Alor Setar itu dengan empat kemenangan daripada tujuh pertemuan sebelumnya.

Ad

Ini termasuk kejayaan menggondol gelaran juara Thailand Open 2024 yang dilakar pada minggu sebelumnya. Zii Jia menewaskan Angus dengan keputusan 21-11, 21-10.

Ad

Set pertama menyaksikan pada awalnya, Angus mendahului pada kedudukan 5-3. Zii Jia kemudiannya berjaya mengejar dan mengikat kedudukan 5-5.

Momentum itu diteruskan bekas juara All England 2021 itu untuk meraih kemenangan set pertama dengan keputusan 21-15.

Ad

Set kedua menyaksikan Angus yang mendapat bimbingan legenda badminton negara, Wong Choong Han cuba bangkit untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Ad

Pada awalnya, pemain perseorangan ke-24 dunia itu berjaya mendahului pada kedudukan 11-9. Penyokong negara kemudiannya cemas apabila melihat pergerakan Zii Jia kurang lancar di atas gelanggang.

Ad

Selepas menerima rawatan di tepi gelanggang, ini memberi angin baru kepada bekas juara Arctic Open 2023 itu untuk bangkit. Zii Jia meraih kemenangan set kedua dengan keputusan 21-17.

Zii Jia bakal berdepan cabaran paling sukar di pentas final kerana yang menanti beliau ialah pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen.

Axelsen berjaya mara ke final selepas menyingkirkan wakil China, Lu Guang Zu dalam satu lagi aksi separuh akhir hari ini.