Satu perlawanan persahabatan antara pasukan Lion City Sailors dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menghiasi arena bola sepak negara.
Pertembungan dua pasukan tersohor Asia Tenggara itu bakal berlangsung sebanyak dua kali sebagai persediaan memasuki saingan musim 2024/25.
Pada musim lalu, Lion City Sailors menamatkan saingan Singapore Premier League (SPL) di tangga kedua sementara JDT mengakhiri saingan selaku juara bertahan Liga Super kali ke-10.
Rekod Pertemuan Lion City Sailors vs JDT
Pertemuan ini mengulangi aksi tahun 2023 ketika skuad Harimau Selatan berjaya menewaskan Lion City dengan keputusan 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
6000 orang penyokong juga dijangka membanjiri aksi di Stadium Bishan malam ini dengan tiket jualan bagi penonton juga sudah habis terjual.
Kesebelasan Utama Lion City Sailors vs JDT
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Lion City Sailors vs JDT
Tarikh: 4 April 2024 (Khamis)
Masa: 7:30 Malam (Waktu Singapura) 8:30 (Malaysia)
Venue: Stadium Bishan, Singapura.
Siaran Langsung: Akan dikemas kini.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.