Malaysia akan membuka kempen Kumpulan A acara double Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan menentang wakil Asia Timur, Jepun.
Perlawanan ini bakal berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Cabaran negara bakal digalas oleh Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Nordin.
Aidil yakin Malaysia mampu mengharungi cabaran Kumpulan A tanpa sebarang masalah. Selain Malaysia dan Jepun dalam Kumpulan A, kumpulan ini turut mengandungi pasukan Brunei Darussalam.
“Setakat sekarang ini, saya dengan Aizat dalam latihan semuanya baik. Alhamdulillah, tidak ada masalah. Prestasi dalam latihan pun baik. Kami yakin boleh muncul juara kumpulan dan melangkah ke pusingan seterusnya,” katanya.
12 pasukan bakal berentap dalam acara double Piala Dunia Sepak Takraw 2024. Selain Malaysia, Jepun dan Brunei, acara ini turut disertai Thailand, Vietnam, Indonesia, Singapura, Korea Selatan, Filipina, Myanmar, India dan China.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Jepun
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Malaysia vs Jepun
Tarikh: 19 Mei 2024 (Ahad)
Masa: 6:30 Petang
Venue: Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Siaran Langsung: Astro Arena, Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Bola Rotan TV dan We Are Sepaktakraw.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com