Advertisement
Info Siaran Langsung Piala Sumbangsih 2023: JDT vs Terengganu
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Perlawanan pertama melibatkan pertembungan antara dua pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC bakal menghangatkan saingan musim 2023.

Aksi Piala Sumbangsih ini berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim dengan kedua-dua pasukan dalam misi besar untuk memburu kejuaraan pertama musim ini.

JDT dan Terengganu dibimbing oleh pengendali baharu bakal menjadikan aksi pertama ini sebagai medan persiapan bagi musim panjang.

Pasukan Harimau Selatan sudah tentu mahu mengekalkan mahkota kejuaraan sambil anak didik Tomislav Steinbrückner mahu menamatkan penantian selama 22 tahun.

Kesebelasan Utama JDT vs Terengganu

Info Siaran Langsung JDT vs Terengganu

Tarikh: 24 Februari 2023 (Jumaat)
Masa: 9:00 malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Johor.
Siaran Langsung: TV2 & Sooka TV

Keputusan perlawanan akan dikeluarkan sejurus perlawanan tamat di MakanBola.com.