Info Siaran Langsung Police Tero Vs Ratchaburi | Thai League 1

Safawi Rasid 4 Info Siaran Langsung Police Tero Vs Ratchaburi | Thai League 1
Ratchaburi FC
Nik Faris @nikfalovic
6:23pm 12/02/2023

Aksi minggu ke-19 menyaksikan pertembungan antara pasukan Ratchaburi FC berdepan dengan Police Tero FC.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Boonyachinda menyaksikan pasukan pelawat berhasrat untuk meneruskan rentak dan mengekalkan kedudukan dalam liga apabila kekal berada pada tangga ke-4 Liga 1 Thailand.

Pasukan tuan rumah, Ratchaburi FC yang dibarisi pemain sensasi Malaysia, Safawi Rasid nyata mahu memberikan yang terbaik dalam usaha mendaki anak tangga teratas liga.

Ketika ini, Ratchaburi yang terkenal dengan jolokan The Dragons memungut 33 mata selepas 18 perlawanan manakala Police Tero meraih hanya 24 mata selepas 18 aksi berlangsung dan berada pada kedudukan ke-8 liga.

Kesebelasan Utama Police Tero Vs Ratchaburi

Info Siaran Langsung Police Tero Vs Ratchaburi

Tarikh: 12 Februari 2023

Masa: 6:30 malam

Venue: Stadium Boonyachinda , Thailand

Siaran Langsung: Aiscore.com

Keputusan perlawanan akan dikeluarkan sejurus perlawanan tamat di MakanBola.com.