Dua wakil hebat Malaysia bakal menggalas tanggungjawab besar dalam meneruskan perjuangan negara dalam saingan separuh akhir Indonesia Open pada Sabtu.
Terdahulu, seramai enam wakil Malaysia yang terdiri daripada dua pemain perseorangan lelaki, dua pasangan beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran berjaya menempah tiket ke peringkat suku akhir yang berlangsung pada Jumaat.
Walau bagaimanapun, kekalahan beberapa pemain negara seperti Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei dan Pearly Tan-M. Thinaah menyaksikan hanya dua pasangan Malaysia bakal mara ke separuh akhir.
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mempamerkan magis di Jakarta apabila menumbangkan beberapa nama besar termasuklah juara dunia dari Korea Selatan di pusingan awal untuk mara ke separuh akhir.
Manakala, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing akan memikul harapan negara dalam acara beregu campuran setelah menyingkirkan pasangan Korea Selatan dalam aksi dua set di suku akhir pada Jumaat.
Barisan Pemain Malaysia Separuh Akhir Indonesia Open
Wei Chong-Kai Wun yang berada di ranking ke-20 dunia dijadualkan turun berdepan pasangan tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani sebagai aksi penutup di gelanggang satu pada Sabtu.
Tugas besar pula menanti beregu campuran negara, Kian Meng-Pei Jing yang akan menentang lawan dari China, Jiang Zheng Bang-Wei Ya Xin untuk merebut satu slot ke perlawanan akhir esok.
Info Siaran Langsung Separuh Akhir Indonesia Open
Tarikh: 8 Jun 2024 (Sabtu).
Masa: 1.00 petang.
Venue: Istora Senayan, Jakarta, Indonesia.
Siaran Langsung: Astro Supersport.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.