Ingkar Panggilan Timnas, Shin Tae-yong Jatuhkan Hukuman Berat Kepada Pemain
Dunia
Kompas
Advertisements

Jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong sangat terkenal dengan ketegasan dan penerapan disiplin yang tinggi kepada para pemainnya. Dan yang terkini, giliran pemain muda Garuda iaitu Ramai Rumakiek dihukum.

Shin Tae-yong dilihat bertindak tegas terhadap Ramai Rumakiek gara-gara ingkar panggilan ke skuad kebangsaan untuk Sukan Sea 2021. Melihat kepada ketidakhadiran Ramai Rumakiek dalam panggilan pasukan kebangsaan Indonesia B-23, Shin Tae-yong memberitahu media bahawa sudah menjatuhkan hukuman terhadap Rumakiek.

“Rumakiek tidak boleh beraksi di Sukan SEA 2021. Kita sudah hantar saman, namun beliau tidak jawab, jadi saya kena akan berikan hukuman penalti kepada Rumakiek,” kata jurulatih dari Korea Selatan itu yang dipetik dari laman web rasmi PSSI.

Advertisements

Dalam masa yang sama, Shin Tae-yong juga menegaskan bahawa pemain yang beraksi di luar negara masih tidak dapat dipastikan lagi untuk turut serta dalam Sukan Sea 2021 ataupun tidak.

Sebelum ini, pemain Indonesia yang beraksi di Malaysia iaitu Saddil Ramdani disahkan tidak mendapat pelepasan majikannya, Sabah FC kerana beliau merupakan pemain penting skuad Sabah dan khidmatnya sangat diperlukan untuk melalui saingan getir Liga Malaysia. Tambahan pula, Sukan Sea 2021 berlangsung di luar kalendar FIFA.

Indonesia dilihat berpeluang memenangi pingat emas Sukan Sea selepas kebanyakan pemain yang dibawa ke Sukan Sea ini merupakan pemain yang sama ketika menjadi naib juara Piala AFF 2020 tahun lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram