“Ini Akan Menjadi Aksi Final Yang Sangat Baik” – Jordi Amat
Piala FA
Johor Southern Tigers
Advertisements

Fokus kini tertumpu kepada pertemuan JDT dan KL City dalam perlawanan akhir Piala FA 2023. Pertahanan JDT, Jordi Amat beranggapan ini akan menjadi aksi final yang sangat baik.

Motivasi para pemain JDT kini sedang memuncak dan mereka berharap bakal peroleh kemenangan dalam perlawanan akhir kelak. Walau bagaimanapun, para pemain tetap perlu fokus dan bersedia dengan ancaman daripada KL City menurut Jordi Amat.

Jordi Amat juga ingin pasukan JDT menguasai permainan kerana sedar akan bahaya counter attack daripada KL City.

Advertisements

“For Kuala Lumpur, one of the strength is the counter attack and the set pieces. So it is very important to defend and also the concentration and focus on set pieces.” ujar Jordi Amat.

Sebagai pertahanan, Jordi turut menyedari bahagian tengah KL City berbahaya dengan hantaran kehadapan yang berkualiti dan bahagian sayap KL City yang laju.

Advertisements

“It is interesting game, a good final and I hope that all Malaysian can enjoy the game” tambah beliau lagi.

Jordi memberitahu bahawa para pemain JDT akan cuba mengawal permainan seawal mungkin dan cuba menjaringkan gol pada babak pertama perlawanan.

Advertisements

JDT yang masih belum tewas kepada mana-mana pasukan pada musim ini bakal turun menentang KL City yang pernah menjuarai Piala Malaysia edisi 2021 yang lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram