“Ini Antara Prestasi Terbaik” – Kim Pan-gon
Dunia
Famalaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Singapura antara prestasi terbaik Malaysia.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan merasakan semua pemain telah mempamerkan kualiti mereka yang sebenar.

“Perlawanan malam ini antara prestasi terbaik mereka. Kesungguhan mereka di atas padang untuk memberikan yang terbaik buat Malaysia.

Advertisements

“Semua pemain menunjukkan potensi sebenar mereka. Saya amat berbangga dengan mereka,” kata Kim Pan-gon.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyokong dan beliau sangat menghargai sokongan semua yang tidak pernah henti untuk menyokong.

“Terima kepada semua penyokong kerana datang ke Stadium. Sokongan yang sangat berkesan,” kata Kim Pan-gon dalam sidang media selepas tamat perlawanan.

Advertisements

Malaysia dijadualkan bertemu Thailand bagi pusingan separuh akhir Piala AFF Mitshibushi 2022 pada hari Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram