Ini Jumlah Pemain Warisan Harimau Malaya Ke FIFA ASEAN Cup
MakanBola
Malaysia NT

Harimau Malaya menpertaruh gandingan pemain warisan dan tempatan untuk membawa cabaran Malaysia ke FIFA ASEAN Cup 2026.

Skuad Harimau Malaya selamat tiba di Jakarta, Indonesia pada Selasa bagi membuat persiapan akhir menjelang sepak mula perlawanan pertama FIFA ASEAN Cup 2026 antara Malaysia dan Bangladesh pada petang Jumaat ini.

Seramai 23 pemain terbaik berada dalam senarai akhir yang dipanggil oleh Tan Cheng Hoe kali ini dengan rata-rata pemain utama seperti Arif Aiman, Faisal Halim, Stuart Wilkin, Dion Cools dan Haziq Nadzli kembali bersama pasukan.

Khidmat pemain warisan baharu negara, Bradley Tapp turut ditagih apabila disenaraikan dalam senarai akhir ke Jakarta dan memberikan peluang cerah buat tonggak kacukan Malaysia-Australia ini debut bersama pasukan negara tidak lama lagi.

Selain Brad Tapp, beberapa pemain warisan lain juga menjadi sandaran misi penting Harimau Malaya di FIFA ASEAN Cup, antaranya ialah Dion Cools, Corbin Ong, Daniel Ting, Hong Wan, Stuart Wilkin, Quenting Cheng, serta Nooa Laine.

Gabungan pemain warisan, tempatan serta naturalisasi secara bermastautin selama 5 tahun seperti Bergson, Manuel Hidalgo dan Paulo Josue dijangka menjadi acuan terbaik buat Tan Cheng Hoe dalam merangka strategi hebat di sana.

Malaysia akan membuka tirai FIFA ASEAN Cup 2026 bertemu Bangladesh pada Jumaat, 25 September di Stadium Gelora Bung Karno sebelum hadapi tugas getir berdepan tuan rumah, Indonesia selang 3 hari kemudian di venue yang sama.

Aksi penutup kumpulan akan menyaksikan Harimau Malaya turun bertemu Singapura pada 1 Oktober di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.