Advertising
“Ini Peluang Saya Beraksi Di Asia” – Arif Aiman
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi melihat menyifatkan pengalaman beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) sebagai satu pengalaman yang berharga.

Ini kerana pengalaman beraksi dalam saingan berprestij di Asia itu memberi cabaran hebat buat beliau dan JDT.

Ad

Ini dilihat setaraf dengan status kejohanan yang disertai kelab-kelab berkaliber dari serata Asia seperti Ulsan HD, Yokohama F. Marinos, Al-Nassr dan Al-Hilal.

Ad

“Berdasarkan pengalaman saya beraksi pada tahap tertinggi, ada saja cabaran dalam setiap perlawanan. Bagi setiap perlawanan bertaraf tinggi di Asia (ACLE), setiap perlawanan bukan mudah,” katanya kepada AFC.

Arif tidak melihat itu sebagai satu beban. Sebaliknya, inilah peluang buat beliau menonjolkan bakatnya di atas padang di pentas bola sepak terbaik di peringkat Asia.

Ad

“Tapi ini satu peluang untuk saya membuktikan diri saya di peringkat Asia. Ini bukan atu beban tetapi satu peluang buat diri saya,” tambahnya.

Ad

“Saya hargai peluang itu dan akan berikan yang terbaik dalam setiap perlawanan. Tahap ini mencabar bukan saja untuk saya tetapi juga untuk pasukan, atas sebab itu kita berusaha mendapatkan keputusan (positif).”

Ad

Arif sudah menyumbat empat gol dalam saingan ACLE musim 2024/25 untuk JDT. Prestasi beliau turut mendapat perhatian peminat-peminat bola sepak antarabangsa.

Kelincahan Arif dijangka ditagih jurulatih Harimau Selatan, Hector Bidoglio untuk aksi ACLE menentang Central Coast Mariners pada 11 Februari ini.