Advertising
“Ini Pemanas Badan Sebelum Ke All England” – Lee Zii Jia
UltraSukan
Sathio Group Australian Open
Sponsors

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menyifatkan Orleans Masters sebagai kejohanan pemanas badan sebelum menyertai All England Open.

Orleans Masters merupakan kejohanan pertama disertai pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu untuk tahun 2025. Sebelum ini, Zii Jia berehat selama beberapa bulan akibat kecederaan.

Ad

Juara Australian Open 2024 itu melihat kejohanan ini sebagai kejohanan pemanas badan sebelum menyertai All England Open.

Ad

“Ini kejohanan pemanas badan sebelum All England Open. Seperti yang anda tahu, All England Open satu kejohanan yang besar,” katanya kepada media selepas perlawanan.

“Bagi saya, untuk kembali selepas pulih daripada kecederaan, saya perlukan kejohanan pemanas badan untuk melihat persiapan ke kejohanan itu.”

Ad

Zii Jia turut mengakui merasa gembira kerana dapat kembali bersaing dalam kejohanan pertamanya untuk tahun 2025.

Ad

“Saya gembira dapat kembali bertanding. Harapnya saya dapat kekal konsisten (sepanjang pertandingan),” ujarnya.

Ad

Pemain berusia 26 tahun itu membuka kempen kejohanan dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua. Zii Jia menyingkirkan wakil Chinese Taipei, Chi Yu Jen di pusingan pertama.

Juara Thailand Open 2024 itu kini bakal berdepan jaguh India, Srikanth Kidambi di pusingan kedua.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments