“Ini Pilihan Saya” – Liridon Krasniqi
AFC Cup
Azri / MakanBola
Advertisements

Pemain tengah Terengganu, Liridon Krasniqi mengumumkan bakal meninggalkan pasukan Terengganu selepas tamat kempen Liga Malaysia.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi selepas kemenangan 2-0 Terengganu dalam aksi Piala AFC berdepan Bali United malam semalam.

Pemain yang mesra disapa Matdon ini akui penghijrahannya ke Terengganu sebagai pemain pinjaman dari pasukan Johor Darul Ta’zim merupakan satu keputusan yang indah.

Advertisements

“Saya akan tinggalkan Terengganu. Tahun yang indah dengan Terengganu musim ini.”

Antara sebab yang mendorong pemain berusia 31 tahun ini untuk meninggalkan skuad Peteh ialah kerana keazamannya yang mahu mencari cabaran baru. Menurutnya beliau mempunyai pilihan untuk menukar haluan beraksi bersama pasukan lain tahun depan.

“Setelah sekian lama, saya rasa saya akan pergi bukan kerana apa-apa tapi ini pilihan saya, saya mahu sesuatu yang baharu,” ujar Matdon.

Advertisements

Menerusi kemaskini daripada laman Transfermarkt, tanda harga Liridon kini adalah sekitar 125,000 Euro iaitu bersamaan RM600,000.

Untuk musim 2023, Liridon telah beraksi sebanyak 24 penampilan dalam semua kejohanan tempatan bersama Terengganu. Beliau juga berjaya mencatat dua jaringan dan dua bantuan jaringan ketika membantu skuad kendalian Tomislav Steinbruckner yang baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Naib Juara Piala Malaysia 2023.

Di pentas Piala AFC 2023, Liridon merupakan salah seorang aset penting Terengganu. Meskipun gagal layak ke pusingan seterusnya, Terengganu berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di pentas Piala AFC musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram