Ini Sebab Andre Onana Kekal Beraksi Walaupun Terima Dua Kad Kuning
Eropah
Manchester United FC
Advertisements

Tular dalam kalangan peminat bola sepak apabila penjaga gol Manchester United, Andre Onana dibenarkan untuk bermain meskipun dilayangkan dua kad kuning oleh pengadil.

Pada aksi separuh akhir Piala FA Inggeris di antara Manchester United dan Coventry City menyaksikan pengadil perlawanan, Robert Jones melayangkan kad kuning kepada Andre Onana sebanyak dua kali dalam tempoh masa yang berbeza.

Kad kuning pertama diterima oleh penjaga gol berusia 28 tahun itu pada minit ke-86, kerana cubaan untuk melengah-lengahkan permainan bila mana Coventry City berusaha memburu jaringan penyamaan.

Advertisements

Manakala, kad kuning kedua pula dilayangkan ketika aksi penentuan sepakan penalti yang menyaksikan Onana dilihat bertikam lidah dengan pengadil sekaligus dilayangkan kad kuning kedua.

Walau bagaimanapun, penjaga gol Cameroon itu masih tetap dibenarkan beraksi dan tidak diarahkan meninggalkan padang meskipun sudah mengutip kad kuning kedua ketika penentuan sepakan penalti.

Daily Mail melaporkan peraturan 10.3 Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) menyatakan bahawa kad kuning yang diterima semasa perlawanan sebenar tidak dibawa ke penentuan sepakan penalti. Meskipun begitu, pemain yang menerima kad merah tidak boleh kembali untuk terlibat di atas padang.

Advertisements

“Kad kuning dan amaran daripada permainan tidak dibawa ke aksi penentuan sepakan penalti.”

“Seorang pemain yang dilayangkan kad merah semasa perlawanan tidak boleh mengambil bahagian. Pemain, pemain gantian, pemain yang diganti dan pegawai pasukan boleh mendapat kad merah atau kuning semasa penalti.”

Ini juga bermakna Onana bakal dibenarkan untuk bermain dalam perlawanan akhir Piala FA Inggeris menentang jiran setempat, Manchester City pada 25 Mei hadapan.

Advertisements

Dalam aksi yang penuh dramatik itu, Manchester United dipaksa bekerja keras untuk menyingkirkan Coventry City sehingga perlawanan berlanjutan ke penentuan sepakan penalti yang menyaksikan The Red Devils muncul pemenang dengan keputusan 4-2 setelah terikat 3-3 sepanjang 120 minit permainan.

Kemenangan ini menghantar terus Manchester United ke perlawanan akhir dan bakal menempah pertemuan menentang Manchester City yang turut mara setelah menewaskan jaguh London, Chelsea dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram