FA Cup: Penalti Bawa Man Utd Ke Final, Tumpaskan Coventry City
Piala FA
Manchester United
Advertisements

Perlawanan separuh akhir Piala FA malam ini menyaksikan pertembungan diantara Manchester United menentang Coventry City di Stadium Wembley berakhir dengan keputusan 3-3 (4-3).

Skuad kendalian Erik Ten Hag lakukan perubahan taktikal dimana meletakkan Casemiro bergandingan Harry Maguire di pertahanan tengah.

Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba menguasai perlawanan. 

Advertisements

Selepas 20 minit permainan, Scott McTominay membuka jaringan pertama Man Utd, mudah menyempurnakan lorongan daripada Diego Dalot. 

Satu minit sebelum tamat separuh masa pertama, pertahanan Man Utd, Harry Maguire menggandakan jaringan kedua menerusi tandukan daripada sepakan sudut. 

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan Manchester United 2-0 Coventry City.

Advertisements

Pada minit ke-58 permainan, kapten Man Utd, Bruno Fernandes menghadiahkan gol ketiga pasukan menerusi sepakan deras menewaskan penjaga gol Coventry City, Bradley Collins. 

Coventry City tidak mengalah, penyerang berjersi no 9, Ellis Simms akhirnya membuka jaringan pertama pasukan pada minit ke-71 permainan. 

Selang 8 minit permainan, Callum O’Hare menggandakan jaringan kedua buat Coventry City sekaligus merapatkan kedudukan jaringan selepas sepakannya terbias pertahanan Man Utd.

Advertisements

Pada masa minit tambahan sebelum tamat permainan, Coventry City berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti daripada Haji Wright selepas bola terkena tangan pertahanan Man Utd, Aaron Wan-Bisaka.

Keputusan seri itu diheret ke masa tambahan, namun tiada sebarang jaringan yang dapat dihasilkan oleh kedua pasukan. Oleh itu, dibawa ke penentuan sepakan penalti.

Selepas ini, The Red Devils akan bertemu The Citizens bagi aksi penentuan peringkat akhir saingan Piala FA pada 25 Mei 2024 ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram