Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai kelulusan untuk menandatangani pemain baharu bagi aksi AFC Champions League Elite (ACLE).
Baru-baru ini, skuad Harimau Selatan telah mengumumkan ketibaan pertahanan kental, Alvaro Gonzalez sebagai rekrut terbaru pasukan.
Penganalisis bebas bola sepak tempatan, Juan Budiman memberi bayangan akan ada beberapa pemain baharu yang bakal menyertai skuad Harimau Selatan.
“Ini untuk memberi peluang pada kelab-kelab yang dalam fasa pra-musim seperti Jepun, Kore dan China untuk membawa masuk pemain baru.
“Itu sebab JDT masih boleh beli Alvaro Gonzalez (dan lain² lagi),” ujarnya di laman X.
Peraturan pendaftaran bagi jendela ketiga AFC menyatakan bahawa ia dibuka sebelum aksi ketujuh kumpulan (MD7) dan ditutup 15 hari sebelum perlawanan berlangsung.
“Tetingkap Pendaftaran 3: Tetingkap pendaftaran ini terpakai kepada semua kelab yang mengambil bahagian dalam peringkat liga untuk perlawanan hari ketujuh (MD7) dan seterusnya.
“Ia akan ditutup lima belas (15) hari sebelum perlawanan pertama wilayah berkenaan (iaitu Wilayah Barat atau Wilayah Timur, mengikut kesesuaian) dalam MD7 peringkat liga,” ujar kenyataan AFC.
Merujuk kepada Pendaftaran Pemain dalam dokumen Peraturan-Peraturan Pertandingan ACL2, setiap kelab yang bertanding perlu mendaftarkan sekurang-kurangnya 18 pemain dan maksimum 25 pemain.
Setiap kelab juga dibenarkan untuk mendaftarkan sehingga 23 orang pemain asing atau import manakala baki dua slot lagi khusus untuk pemain berstatus Homegrown Player.
Terdapat dua kategori Homegrown Player iaitu Club-Trained atau Association-Trained dengan setiap kelab boleh mendaftarkan maksimum seorang sahaja pemain berkategori pemain Association-Trained.
Aksi berikutnya buat JDT adalah menentang wakil Australia, Central Coast Mariners pada 11 Februari di laman lawan.