Advertising
Alvaro Gonzalez Pintas Jordi Amat, Kini Pertahanan Termahal JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Tonggak baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Alvaro Gonzalez ketika ini memegang status pertahanan termahal kelab itu.

Pada Selasa, JDT menerusi satu kenyataan mengumumkan kehadiran bekas tonggak Al-Nassr, Alvaro Gonzalez untuk membawa cabaran skuad Harimau Selatan di pentas Asia.

Ad

”Dari La Liga ke Ligue 1 dan Saudi, kini ke rumah Harimau Selatan, Alvaro Gonzales!” umum JDT dalam satu hantaran.

Ad

Semakan di laman Transfermarkt menyaksikan nilai pasaran Alvaro Gonzalez ketika ini adalah 1,000,000 Euro iaitu sekitar RM4.5 juta lalu menjadikannya kini pertahanan termahal JDT.

Kehadiran Gonzalez ini menyaksikan kapten pasukan, Jordi Amat kini ditolak ke kedudukan kedua dengan nilai pasaran mencecah 750,000 Euro, sekitar RM3.4 juta menurut laman pangkalan data itu.

Ad

Ini diikuti dengan pemain pertahanan yang lain seperti Matt Davies serta Murillo (RM2 juta), Park Jun-heong (RM1.4 juta), Feroz Baharudin (RM1.1 juta) dan juga Corbin Ong (RM1 juta).

Ad

Status pemain termahal JDT masih dipegang oleh perancang tengah dari Syria, Jalil Elias yang sebelum ini dipinjamkan ke kelab Argentina, Velez Sarsfield hingga Disember 2024 lalu.

Ad

Khidmat Gonzalez dan Amat dijangka bakal ditagih oleh JDT pada aksi penting AFC Champions League Elite berdepan kelab Australia, Central Coast Mariners pada 11 Februari ini.

Walau bagaimanapun, Murillo dan Jun-heong bakal terlepas perlawanan itu akibat penggantungan setelah menerima kad merah ketika aksi ACLE terakhir menentang Buriram United.