Johor Darul Ta’zim (JDT) sah mengumumkan kehadiran bekas bek tengah Al-Nassr, Alvaro Gonzalez.
Menerusi satu video pengenalan pada pagi Selasa, JDT secara rasmi mendapatkan khidmat Alvaro Gonzalez yang kini berusia 35 tahun bagi memperkuat benteng pertahanan.
”Dari La Liga ke Ligue 1 dan Saudi, kini ke rumah Harimau Selatan, Alvaro Gonzales!” umum JDT dalam satu hantaran.
Gonzalez tiba ke JDT selepas dilepaskan oleh kelab Arab Saudi, Al-Qadsia dan miliki pengalaman luas bermain di Liga Sepanyol dan Perancis bersama pasukan ternama di sana.
Khidmat Gonzalez ditagih bagi membantu misi besar skuad Harimau Selatan bagi melayakkan diri ke aksi kalah mati AFC Champions League Elite (ACLE).
Ujian seterusnya buat JDT di pentas ACLE adalah bertemu Central Coast Mariners di Australia pada 11 Februari ini.