Advertising
Jersi No.27, Rakan Cristiano Ronaldo Dikesan Sarung Jersi JDT Awal
MakanBola
ALNFC/IG-AFC21_

Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo dikesan telah menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tonggak berusia 35 tahun yang dimaksudkan itu ialah Alvaro Gonzalez dan didakwa telah menjadi milik skuad Harimau Selatan.

Ad

Laporan daripada media Sepanyol baru-baru ini memberikan gambaran awal mengenai bekas tonggak Marseille itu bakal membawa haluan ke Malaysia.

Ad

“Jonathan Viera, Roque Mesa dan Álvaro González menyertai Jesé di JDT di Malaysia untuk 4 perlawanan,” lapor Relevo.

“Trio Sepanyol menuju ke Malaysia. 3 bekas pemain La Liga yang terkenal akan berlepas esok ke Kuala Lumpur untuk memperkuat skuad JDT, kelab terkuat di negara ini,” tambah kenyataan tersebut.

Ad

Berita ini dikukuhkan selepas satu hantaran tular yang menunjukkan tonggak kental itu telah menyarung jersi nombor 27 bersama JDT dimuat naik oleh laman peminat Alvaronfc21.

Ad

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berkenaan pertahanan kental itu yang dikatakan membawa haluan ke JDT.

Ad

Proses memperkuat pasukan ini dilakukan bagi menghidupkan peluang untuk JDT melangkah lebih jauh dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) kali ini.

Aksi berikutnya bakal melibatkan pertembungan antara JDT menentang Central Coast Mariners pada 11 Februari 2025.