Ini Sebab JDT FC Beruntung Miliki Pertahanan Elit Macam Jordi Amat
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kehadiran pertahanan kental Indonesia, Jordi Amat ke dalam skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) jelas memberi nilai tambah yang cukup besar buat pasukan dan ternyata tindakan JDT membawa masuk pemain ini adalah keputusan yang tepat.

Pemain berusia 31 tahun itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah selain pernah beraksi di liga terbaik dunia iaitu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bekas bintang Swansea City itu membuktikan kalibernya selaku antara pertahanan terbaik di Asia ketika ini dengan mendominasi kesebelasan utama Harimau Selatan apabila menjadi pilihan utama di JDT.

Advertisements

Perkara ini dikukuhkan lagi dengan statistik aksinya yang dikongsikan oleh Astro Arena apabila menyaksikan beliau antara pemain terbaik di bawah kendalian Tano Solari musim ini.

Bekas bintang Celta Vigo ini mencatatkan jumlah hantaran tertinggi di JDT iaitu sebanyak 816 hantaran dengan 94 daripadanya ke bahagian final 3rd pasukan.

Bukan itu sahaja, Jordi memainkan peranan yang cukup penting untuk melakukan hantaran progresif dengan 121 hantaran berjaya dilakukan.

Advertisements

Beliau juga gemar membantu pasukan untuk membina permainan dari bahagian bawah telah merekodkan 6.51 progresif bola per minit di JDT ketika ini manakala 469.9 progresif bola dilakukan daripada jumlah keseluruhan hantaran.

Statistik ini juga membuktikan bahawa beliau merupakan antara pertahanan elit yang dimiliki oleh JDT dengan impaknya sering ditagih untuk mengemudi benteng pasukan.

Beliau juga merupakan individu yang memainkan peranan besar untuk membentuk gandingan yang amat baik bersama pertahanan muda negara, Feroz Baharudin.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram