Rekrut terbaru Negeri Sembilan, Youssef Ezzejjari difahamkan kini berada di bawah naungan ejen baharu selepas melengkapkan perpindahan ke Negeri Sembilan.
Keberadaan pemain ini hangat diperkatakan selepas beliau secara tiba-tiba diumumkan selaku pemain baharu skuad Jang sungguhpun telah menyertai Kelantan FC.
Perkara ini menjadi bualan ramai yang benar-benar mahu mengetahui status pemain tersebut bersama pasukan.
Keadaan diburukkan lagi apabila ejen lama pemain tersebut juga menzahirkan rasa keliru dengan keputusan pemain tersebut.
Namun begitu, pengumuman mengejut Insa Project itu menyaksikan pemain kelahiran Sepanyol itu telah berada dalam senarai terbaru pemainnya.
Insa Project Global Group difahamkan memiliki lebih 40 orang pemain di bawah beliau dengan nama-nama besar seperti Carli De Murga, Liridon Krasniqi,Shane Lowry, Levy Madinda dan banyak lagi.