Kiko Insa Sukses Sebagai Agen Bola Sepak, Mempunyai 37 Pemain Seluruh Dunia
Blog
instagram kiko insa
Advertisements

Bekas pertahanan tengah Harimau Malaya, Francisco Insa Bohigues atau digelar sebagai Kiko Insa kini bergelar agen bola sepak yang berjaya selepas beliau mengesahkan bahawa mempunyai 37 pemain dibawah seliaan syarikatnya, Insa Project Global Group.

Kiko, 33, sebelum ini pernah beraksi bersama beberapa kelab di Asia Tenggara seperti Arema, Bali United, Pahang dan JDT. Beliau mempunyai 4 kaps bersama skuad Harimau Malaya di mana beliau beraksi bagi perlawanan Kelayakan Piala Asia pada tahun 2017.

Selepas semakin berjaya sebagai agen bola sepak, beliau memutuskan untuk bersara dari aksi bola sepak. Selain sibuk menguruskan syarikatnya, beliau juga merupakan Koordinator Pencarian Bakat di JDT.

Advertisements

“Abang saya (Natxo Insa) dan saya telah bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia dan kami berbangga dengan perkara itu. Saya rasa ianya tidak begitu mustahak mebantu pemain negara mana pun kerana saya dan pasukan saya melihat banyak perlawanan setiap minggu dan apabila kami suka dengan corak permainannya, kami akan tandatanganinya”

Kiko juga menjelaskan bahawa kebanyakan pemain yang diambil adalah pemain kebangsaan, pemain berprofil tinggi Malaysia dan juga pemain muda berbakat dari Indonesia.

“Saya memiliki 37 pemain di bawah syarikat saya, dari pelbagai negara yang berbeza. Kebanyakan dari mereka ialah pemain kebangsaan, pemain terbaik kebangsaan Malaysia juga  berada di bawah saya, dan juga pemain muda berbakat Indonesia” jelas beliau ketika ditemubual oleh pemilik instagram ahmed.reza_85.

Advertisements

Antara pemain berprofil tinggi yang berada di bawah seliaan syarikatnya ialah Carli De Murga (Terengganu FC), Liridon Krasniqi (Odisha FC), Mario Arques (Newcastle Jets), Shane Lowry (JDT) dan Levy Madinda (Sabah FC). Pemain muda berbakat dari Indonesia Syahrian Abimanyu yang kini beraksi bersama JDT turut berada di bawah syarikatnya.

Selain 37 pemain, Kiko juga ada merekrut jurulatih Risto Vidakovic yang berasal dari Bosnia. Risto kini membimbing Borneo FC dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram