Kelantan United Menang Selesa, Insiden Gassama Tumbuk Zafuan Azeman Jadi Bualan
Dunia
Facebook / Perak FC
Advertisements

Perlawanan antara Perak II FC dan Kelantan United semalam berakhir dengan kemenangan selesa 4-0 buat Kelantan United. Kemenangan ini sekaligus menamatkan rentetan 3 kekalahan berturut-turut Kelantan United sebelum ini.

Bertandang ke Stadium Perak, Kelantan United berjaya menjaringkan gol seawal minit ke 9 perlawanan menerusi pemain Syahrul Azwari Ibrahim selepas menerima hantaran cantik daripada Qayyum Marjoni. Tidak lama selepas itu, penyerang Kelantan United iaitu Gassama Alfusainey menjaringkan 2 gol pada minit ke 19 dan 22.

Gol terakhir perlawanan dijaringkan oleh Qayyum Marjoni Sabil ketika perlawanan memasuki minit 46. Aksi cemerlang Qayyum Marjoni malam tadi membolehkan beliau mendapat Man Of The Match menerusi 1 jaringan dan 2 bantuan jaringan.

Advertisements

Namun pada akhir permainan, terdapat insiden yang tidak diingini berlaku dimana Gassama telah menumbuk rakan sepasukannya, Zafuan Azeman. Pergaduhan itu berlaku sejurus pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat.

https://m.youtube.com/watch?v=BoS_WhGr7CQ&feature=youtu.be

Gassama dilihat berjalan ke arah Zafuan Azeman sambil berkata sesuatu lalu menumbuk rakan sepasukannya itu. Pemain Kelantan United yang berada berdekatan bagaimanapun pantas meleraikan insiden panas itu. Gassama kemudian dilayangkan kad merah atas tindakannya.

Masih menjadi bualan penyokong Kelantan United mengapa Gassama bertindak sedemikian rupa malam tadi. Tindakan Gassama mungkin akan menyebabkan beliau dikenakan tindakan tatatertib/

Advertisements

Kemenangan Kelantan United membolehkan pasukan tersebut memintas ‘abang’ mereka, Kelantan FC untuk menduduki tempat ke-5 liga Premier selepas 13 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram