Insiden Terjahan Keras Ke Atas Safawi Rasid Mengerikan
Dunia
Thai League 1
Advertisements

Pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid mengalami kecederaan serius ketika pertemuan menentang Lamphun Warrior hari ini.

Kapten Harimau Malaya itu diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan menentang lawan yang berada di tangga ke-14 Liga Thai itu.

Beliau membentuk gandingan yang cukup baik bersama rakan sepasukan di JDT, Mossaa Sidibe dan hampir menjaringkan gol pembukaan perlawanan.

Advertisements

Tandukan yang dilakukan pemain berusia 26 tahun itu bagaimanapun mudah ditangkap kemas oleh penjaga gol lawan.

Bersambung babak kedua, hasrat Safawi untuk meledak gol pertamanya bersama kelab baharunya berkecai apabila beliau menerima terjahan keras daripada Mika Chununosee.

Advertisements

Tindakan tersebut menyebabkan pemain tersebut dilayangkan kad merah serta-merta namun perkhabaran kurang baik melanda kem Ratchaburi.

Safawi Rasid segera dilihat mengerang kesakitan dan terpaksa dikeluarkan dengan segera oleh jurulatih yang membawa masuk Sittichok Kannoo pada minit ke-56.

Advertisements

Ini juga memberi kerisauan yang jelas kepada seluruh penyokong tatkala kecederaan lampau ke atas beliau telah menyukarkan proses pemulihannya sebelum ini.

Keputusan perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Advertisements

Rakaman terjahan ke atas Safawi: Thai League 1

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram