“Insya Allah Saya Jadi Pemain Malaysia” – Anuar Ceesay
MakanBola
Negeri Sembilan FC

Pemain baharu Negeri Sembilan FC, Anuar Ceesay tidak menolak kemungkinan menjadi pemain tempatan pada musim hadapan.

Hal ini dinyatakan beliau apabila ditanya media tentang status dokumentasi beliau ketika ini.

Sebelum ini, pemain berdarah Inggeris, Gambia dan Malaysia itu pernah memberi bayangan bahawa dirinya berpotensi mewakili Harimau Malaya.

Apabila ditanya tentang status terbaru dokumentasi beliau, Anuar memaklumkan beliau tidak memiliki banyak maklumat berhubung perkara itu.

Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan memegang status sebagai pemain tempatan pada musim hadapan.

“Ya, saya tidak tahu banyak tentang perkara itu ketika ini. Tapi Insya Allah, siapa tahu mungkin pada musim depan, saya disenaraikan jadi pemain tempatan.

“Tapi buat masa ini, saya tidak memiliki banyak maklumat (berhubung perkara itu),” katanya selepas perlawanan liga antara Selangor FC dan Negeri Sembilan.

Anuar membuat penampilan sulung bersama Sang Rusa apabila masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua.

Selain bekas pemain UM Damansara itu, Negeri Sembilan turut merekrut Kei Oshiro dan Oday Kharoub secara perpindahan tetap.

Sang Rusa turut melanjutkan pinjaman Mio Tsuneyasu sehingga akhir musim dan meminjam pemain pertahanan Tampines Rovers, Amirul Adli Azmi.