Irfan Bakti: Beri Peluang Nafuzi Buktikan Kemampuan
Dunia
Instagram: @officialterengganufc
Advertisements

Pengendali Kuching City FC, Irfan Bakti Abdul Salim menuntut pasukan Terengganu FC untuk terus memberikan sokongan kepada jurulatih muda , Nafuzi Zain untuk dikekalkan bagi membuktikan kemampuan sebenar untuk mengemudi pasukan menjelang musim depan.

Bekas jurulatih pasukan Pantai Timur itu merasakan bahawa kritikan dan tomahan yang diterima oleh pengendali itu adalah satu tindakan yang tidak wajar memandangkan jurulatih itu telah berusaha sedaya upaya untuk membimbing pasukan dengan cemerlang untuk mengharungi saingan yang begitu mencabar musim ini.

‘Nafuzi sudah melakukan yang terbaik sehingga meletakkan pasukan itu di kelompok teratas Liga Super.’

Advertisements

Menurut penjelasan jurulatih berpengalaman itu, Nafuzi seharusnya diberi peluang untuk terus membukikan kebolehan beliau bagi membimbing pasukan tersebut dan percaya bahawa Nafuzi adalah orang yang tepat untuk memacu pasukan itu di peringkat yang lebih tinggi.

Kedua-dua jurulatih ini pernah bekerjasama sepanjang tiga musim dari tahun 2017 hingga 2019 yang memperlihatkan Irfan Bakti sebagai ketua jurulatih manakala Nafuzi sebagai pembantunya.

Jurulatih berusia 72 tahun ini pastinya sudah mengenali sosok ini dengan lebih dekat dan juga mengenal pasti kebolehannya untuk memimpin pasukan sebesar Terengganu.

Advertisements

Baru-baru ini, peminat digemparkan apabila diberitahu bahawa pihak pengurusan kelab Terengganu FC ada memberi surat amaran kepada jurulatih berusia 42 tahun itu disebabkan kekalahan dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Namun begitu, pihak pengurusan kelab telah memberikan jawapan mengenai berita yang tular itu sambil menegaskan tindakan surat tersebut diberikan.

“Pihak pengurusan ingin menjelaskan bahawa surat tersebut adalah tindakan kerja biasa yang dibuat secara bertulis yang dilakukan pihak pentadbir kelab kepada pengendali pasukan.”

Advertisements

“Ia bagi mengetahui sebab-sebab prestasi semasa pasukan yang dilihat kurang memuaskan untuk beberapa perlawanan terakhir,” -Jelasnya lagi.

Mereka juga menafikan bahawa Nafuzi bakal dipecat malah menegaskan bahawa kepercayaan akan terus diberikan untuk memastikan persediaan pasukan tidak terjejas dalam usaha menamatkan saingan liga pada kedudukan terbaik dan juga kempen Piala Malaysia yang bakal hadir tidak lama lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram