Irfan Bakti Harap Kim Pan-gon Lantik Penolong Jurulatih Tempatan
Dunia
Metro
Advertisements

Pengendali Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim berharap ketua jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-Gon dapat melantik seorang penolong jurulatih tempatan bagi membantu mengendali pasukan Harimau Malaya.

Sebagai jurulatih senior yang telah memahami budaya bola sepak Malaysia, Irfan Bakti menjelaskan bahawa bukanlah mudah buat FAM membuat keputusan drastik melantik pengendali dari Korea Selatan itu.

“Sebagai jurulatih yang sudah masak dalam dunia bola sepak, saya sedar tempoh dua tahun yang diberikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada jurulatih dari Korea Selatan itu adil, lagipun sukar untuk dapatkan keputusan serta merta dan sasaran yang ditetapkan.”

Advertisements

Bekas pemain kebangsaan ini berpendapat bahawa waktu sekarang bukanlah masa untuk Harimau Malaya bereksperimen. Seorang jurulatih perlu meletakkan sasaran kerana setiap perlawanan yang dihadapi skuad Harimau Malaya kelak amatlah penting.

“Namun pandangan saya petunjuk prestasi utama (KPI) kepada mana-mana jurulatih perlu ada bagi memastikan ianya tidak tersasar daripada landasan.”

“Keputusan dalam setiap perlawanan dan kejohanan yang bakal disertai juga penting, bukannya eksperimen kerana sudah pasti penggiat dan peminat sukan ini mahukan keputusan terbaik lebih-lebih lagi pengendali itu dari luar Malaysia, jadi harapan sudah tentu tinggi untuk bawa perubahan.”

Advertisements

Walau bagaimanapun, peminat dan penyokong bola sepak tempatan perlulah memahami dan berlaku realistik. Sama ada menang atau kalah, rakyat Malaysia perlu beri ruang buat Kim Pan-Gon dan tidak cepat menghukum.

“Bagaimanapun kita perlu bagi peluang kepada jurulatih itu membentuk pasukan dengan tidak cepat menghukum terutama selepas jurulatih sebelum ini gagal melonjakkan prestasi pasukan negara, lagipun pasukan negara jiran juga sudah menggunakan khidmat jurulatih kelahiran Korea Selatan dan Jepun,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.”

Kendatipun begitu, Irfan melahirkan rasa kecewa kerana tidak ada jurulatih tempatan yang bersama barisan kejurulatihan Kim Pan-Gon ketika ini. Menurut Irfan, selain jurulatih tempatan dapat berguru dengan Kim, jurulatih tempatan juga diperlukan sebagai nilai tambah buat pasukan.

Advertisements

“Inilah yang mengecewakan saya, sepatutnya dalam kem skuad kebangsaan perlu ada sekurang-kurangnya seorang atau dua jurulatih tempatan bersama dengan Pan Gon. Selain memberi kelebihan kepada pengendali tempatan ‘berguru’ dengan Pan Gon, jurulatih Korea Selatan itu juga perlu tahu dengan lebih mendalam budaya kita.”

“Saya melahirkan kebimbangan jika Pan Gon dan barisan kejurulatihannya tidak memahami budaya kita, pemain yang dipanggil bersama skuad kebangsaan nanti tidak memberikan kerjasama yang penuh, jika ini berlaku pasukan negara tidak akan ke mana dan pasti episod sama berulang.”

“Jadi FAM perlu tegas dalam perkara ini dengan menyenaraikan jurulatih tempatan bersama dengan Pan Gon dalam kem pasukan negara,” kata Irfan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram