Advertisement
Irfan Bakti Rungkai Beza Arif Aiman Di JDT & Harimau Malaya
Liga Super
MakanBola
JST/FA MALAYSIA

Pengendali berpengalaman negara, Irfan Bakti menjelaskan perbezaan peranan yang dimainkan oleh pemain sayap lincah, Arif Aiman bersama JDT dan juga Harimau Malaya.

Tonggak berusia 22 tahun itu menjadi watak penting buat Harimau Selatan untuk menundukkan Penang FC dengan keputusan 5-0.

Skuad kendalian Hector Bidoglio diserikan dengan jaringan daripada penyerang baharu, Jorge Obregon, Oscar Arribas, Bergson dan Arif Aiman.

Berdasarkan analisis yang dinyatakan oleh Irfan Bakti ketika memberikan ulasan di RTM, beliau mengesan terdapat perbezaan peranan yang dimainkan oleh Arif ketika di JDT dan juga pasukan kebangsaan.

“Kita boleh lihat Arif Aiman memainkan peranan yang berbeza ketika di JDT dan pasukan kebangsaan. Beraksi pada peringkat kelab, beliau boleh fokus kepada tugasannya untuk menyerang.

“Ini disebabkan JDT sudah ada Natxo dan pemain tengah lain yang boleh turun untuk menutup ruang di bawah sekiranya diperlukan.

Situasi ini juga berbeza apabila Arif diperlukan oleh pasukan untuk turun bertahan bersama Harimau Malaya.

“Keadaan ini berbeza ketika bersama pasukan kebangsaan apabila beliau perlu lebih banyak turun ke bawah untuk bertahan,” katanya kepada RTM.

Ujian berikutnya buat tonggak lincah ini adalah untuk membantu JDT beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) bermula 18 September ini.