Ismail Sabri Gesa Contohi Ekosistem Chelsea
Dunia
Ismail Sabri 60
Advertisements

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri menggesa setiap badan induk dan agensi yang terlibat dalam arena bola sepak Malaysia agar mencontohi ekosistem yang digunapakai Chelsea bagi tujuan kemajuan dan pembangunan bola sepak.

Perkara itu dijelaskan Ismail pada ucaptama Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kelmarin. Menurut beliau, Chelsea merupakan antara kelab yang serba lengkap bermula daripada peringkat akar umbi sehinggalah ke pasukan utama.

“Saya ingin beri contoh pasukan Chelsea, bukan kerana saya penyokongnya tapi contoh. The Blues yang berpangkalan di Stamford Bridge, England. Ekosisten pasukan Liga Perdana Inggeris ini cukup lengkap.”

Advertisements

Ismail Sabri turut menyatakan bahawa aspek pembabitan jurulatih, pengurusan kelab dan juga sokongan daripada ibu bapa amatlah penting dalam kemenjadian pemain-pemain muda.

“Akademi mereka (Chelsea) mengendalikan pasukan yang dianggotai pemain semuda 9 sehingga 23 tahun, satu ekosistem yang menuntut pembabitan jurulatih, pengurusan kelab dan sokongan daripada ibu bapa.”

“Selain meningkatkan kemampuan teknikal, kelab itu juga membangunkan daya kebolehpasaran serta kualiti pemain yang menyarung jersi biru itu. Ini yang patut dicontohi oleh kelab-kelab bola sepak di negara ini.”

Advertisements

Dalam pada itu, perdana menteri Malaysia yang ke-9 itu juga menggeas Malaysia untuk mencontohi pasukan bola sepak Vietnam. Tambah Ismail, pembangunan bola sepak daripada peringkat awal adalah kunci utama keberhasilan pasukan Vietnam.

“Begitu juga dengan pasukan Vietnam. Pada tahun 2006, pasukan itu menduduki ranking 172 dan kini mereka menjadi satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang berjaya mara ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022.”

“Apa yang membezakan Malaysia dan Vietnam? Jawapannya adalah pembangunan bola sepak di peringkat awal,” kata Ismail.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram