Israel menaggung malu dalam saingan UEFA Nations League apabila tumpas di tangan Itali.
Aksi kedua Kumpulan 2 menyaksikan The Azzurri berdepan Israel di Hungary dengan misi untuk meraih kemenangan kedua selepas menundukkan Perancis.
Pasukan bimbingan Luciano Spaletti menurunkan kesebelasan terbaik dengan nama-nama seperti Donnarumma, Bastoni, Tonali dan Raspadori dalam senarai permulaan.
Usaha baik itu dimulakan apabila perancang tengah, Davide Fratessi menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-38.
Pemburuan jaringan pada babak pertama tidak kesampaian dan menyaksikan perlawanan babak pertama tamat 1-0.
Bersambung babak kedua, penyerang berbisa Itali, Moise Kean menambah derita lawan apabila menjaringkan gol cantik pada minit ke-62 untuk selesa mendahului 2-0.
Usaha tak berdaya Israel berjaya mendapatkan satu jaringan pada minit ke-90 namun tidak cukup untuk mencuri mata.
Israel kini menghuni tangga terorot kumpulan dan bakal bertemu Perancis bagi aksi berikutnya, Oktober ini.