Pasukan kebangsaan Belgium memberikan kekalahan memalukan kepada Israel awal pagi tadi.
Skuad kendalian Domenico Tedesco beraksi cemerlang untuk membuka tirai jaringan menerusi kapten pasukan, Kevin De Bruyne pada minit ke-21.
Belgium bagaimanapun tersentak namun Israel hanya mengharapkan jasa baik gol sendiri pertahanan lawan iaitu Timo Castagne pada minit ke-36.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-1.
Usaha itu diteruskan dengan baik oleh rakan sepasukan dan hasilnya jaringan kedua muncul menerusi pemain tengah, Youri Tielemans.
Gol ketiga pasukan hadir menerusi sepakan penamti De Bruyne untuk melengkapkan kemenangan bergaya 3-1 pada minit ke-52 untuk mengesahkan kejayaan Belgium.
Israel hanya merakamkan satu kemenangan dalam 4 aksi terakhir termasuklah menjadi mangsa belasahan Hungary dan Iceland.
Belgium pula meraih kemenangan kedua dalam 5 aksi terakhir untuk mengembalikan moral pasukan ke tahap terbaik sebelum berdepan Perancis pada 10 September.