Pasukan kebangsaan Itali garang apabila mengajar Israel erti bermain bola sepak yang sebenar.
Aksi keempat kumpulan di UEFA Nations League menyaksikan Itali menurunkan kesebelasan terbaik di Stadium Bluenergy.
The Azzurri membuka tirai jaringan pada penghujung babak pertama menerusi ledakan penyerang, Mateo Retegui untuk menamatkan aksi dengan kelebihan satu gol.
Bersambung babak kedua, usaha keras anak buah Luciano Spalletti terus membuahkan hasil apabila giliran kapten pasukan, De Lorenzo melakar jaringan kedua Itali pada minit ke-54 menewaskan Omri Glazer.
Israel cuba merapatkan jurang apabila menjaringkan gol pada minit ke-66 sebelum pemain tengah berbisa, Davide Fratessi menjarakkan Itali selang 6 minit.
Beberapa pertukaran yang dilakukan oleh tian rumah terus membuahkan hasil apabila sekali lagi De Lorenzo mencatat nama selaku penjaring gol pada minit ke-79.
Itali menamatkan perlawanan dengan kemenangan besar 4-1 ke atas Israel untuk kekal mendahului kumpulan dengan 10 mata selepas 4 aksi.
Israel terus bernasib malang apabila menghuni tangga tercorot tanpa sebarang mata.